Urusan mahkamah dan Lembaga Pengampunan bebas tiada campur tangan UMNO – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah mahupun urusan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO itu berkata, parti tidak mempunyai sebarang kuasa dalam perkara tersebut dan ia terserah kepada badan kehakiman dan Lembaga Pengampunan untuk penentuan.

“Isu pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan kuasa parti dan kerajaan konsisten dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan mahkamah, itu jelas dan UMNO juga telah membuat ketetapan hal yang sama.



“Pembebasan Najib ada dua tindakan yang dilakukan oleh peguam beliau, pertama daripada segi semakan kehakiman yang mahkamah sendiri akan putuskan, kedua melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong. Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan.

“Jadi bukan kuasa parti UMNO untuk membebaskan sesiapa pun didalam negara ini,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Angkasapuri, pada Rabu.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas ulasan-ulasan di media sosial yang mendakwa Najib akan dibebaskan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Najib yang juga bekas Perdana Menteri sebelum ini telah mengemukakan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.



Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan dan hukuman Najib oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas yang seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Nazlan Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas penyandang kerusi Parlimen Pekan itu atas tujuh tuduhan rasuah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker