Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat

Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat

KULAI: Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung penemuan mayat seorang lelaki tidak dikenali di tepi jalan di Senai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah meninggal dunia hampir tujuh hari lalu.



Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang dijumpai dalam keadaan terlentang dan hanya memakai seluar.

“Sejurus menerima makluman mengenai penemuan mayat berkenaan sekitar jam 2.30 petang pada Ahad, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah, mayat lelaki berkenaan mula mereput dan sukar untuk mengenal pasti sebarang kesan padanya,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

Ujar beliau, mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi tujuan bedah siasat.
“Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital,” katanya. -Sinar



Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker