Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun – Ismail

Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun – Ismail

Bajet 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun, kata perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, menurut laporan Bernama.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan belanjawan tahunan persekutuan pada 7 Okt lepas, mengumumkan peruntukan RM372.3 bilion. Jumlah ini mewakili peningkatan sebanyak RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.



Kira-kira RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM95 bilion untuk pembangunan.

Ismail kemudian mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pengundian Khamis ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker