Derita wanita dijadikan hamba seks selama lebih sebulan berakhir

Penderitaan seorang wanita berakhir apabila dia berjaya meloloskan diri selepas lebih sebulan dijadikan hamba seks dan didera dengan kejam oleh seorang lelaki durjana baru-baru ini.

Menurut portal berita Daily Mail, wanita berusia 22 tahun itu dikurung di dalam sebuah bilik bawah tanah, didera secara mental dan fizikal selain dirogol berkali-kali oleh suspek, Timothy Haslett, 39.

TIMOTHY HASLETT

Wanita berkenaan dilaporkan berjaya keluar dari kediaman di Excelsior Springs ketika suspek menghantar anaknya ke sekolah sebelum berlari ke arah rumah di kawasan kejiranan itu untuk mendapatkan bantuan.

Seorang jururawat, Lisa Johnson berkata, dia terlihat wanita malang itu dalam keadaan memilukan ketika sedang bersiap ke tempat kerja kira-kira pukul 7.40 pagi pada 7 Oktober lalu.

“Dia berada di tangga laman rumah saya dengan suara yang lemah meminta tolong. Keadaan tubuhnya sangat kurus seperti mangsa dalam filem seram dengan leher dililit gelung besi dan mulut dipenuhi kesan getah pita pelekat.

“Pergelangan tangan dan buku lalinya penuh luka dan calar seperti dia telah diikat serta disebat dalam tempoh lama. Amat menyedihkan melihat luka-luka itu masih berdarah tetapi dia tidak menangis mungkin kerana sudah terlalu dehidrasi,” kata Johnson.

Jelas Johnson, wanita itu bagaimanapun berlalu pergi meminta bantuan di rumah kejiranan lain selepas dia memberitahu akan membantu menghubungi pihak polis.

“Katanya jika saya menelefon polis, lelaki yang menculiknya akan membunuhnya kerana lelaki itu sudah membunuh dua rakannya. Saya menyedari wanita itu sudah pergi ke rumah jiran ketika saya sedang menghubungi pihak polis,” jelasnya.

Jiran berkenaan dikenali sebagai Ciara Tharp, 39 berkata, dia dan neneknya terus membawa wanita itu masuk ke rumah mereka dan melindunginya sehingga polis tiba.

Polis Excelsior Springs mengesahkan suspek yang merupakan bekas pekerja pembinaan kereta api telah ditahan dan didakwa atas tuduhan merogol, menculik serta menyerang mangsa namun mengaku tidak bersalah di mahkamah Clay County Selasa lalu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker