Anwar takut bertanding di Gombak – Mansor

#PRU15

Anwar takut bertanding di Gombak – Mansor

Tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang tidak menyahut cabaran bekas timbalannya, Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak mencerminkan ketakutannya ditolak pengundi Melayu, menurut Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang Mansor Othman.

Mansor yang juga bekas pemimpin PKR berkata Anwar yang pada mulanya berkata ingin “mengajar pengkhianat” parti itu dengan bertanding di salah satu kerusi yang disandang mereka pada PRU15 bertukar nada susulan cabaran dari Azmin.



“Apabila Azmin menjawab cabaran Anwar atau mana-mana ahli keluarganya untuk bertanding di Gombak, dia terus bertukar nada, mengelak dan enggan memberi komitmen…dan malah secara efektifnya cuba menutup subjek tersebut.

“Apakah ini contoh keberanian dan kualiti seorang pemimpin agung yang kononnya calon perdana menteri?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mansor yang merupakan penyandang ahli parlimen Nibong Tebal mendakwa Anwar takut kalah di Gombak kerana kerusi itu merangkumi 75 peratus pengundi Melayu.

“Anwar sedar dia dan PH yang didominasi DAP ditolak pengundi Melayu. Ini nyata daripada keputusan dari turutan pilihan raya kecil serta pilihan raya negeri sejak PRU14.



“Pendek kata, Azmin Ali menyahut gertakan Anwar dan Anwar telah cabut lari,” katanya lagi.

Bagi menutup perkara itu, katanya lagi, Anwar mendakwa dia “pening” untuk memilih kerusi setelah menerima tawaran bertanding di beberapa negeri.

Pada 11 Oktober lalu, Penerusi PH Selangor Amirudin Shari memaklumkan gabungn itu akan meletakkan calon baru di Parlimen Gombak dan Ampang yang disandang seorang lagi bekas pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin.

Mansor berkata Anwar dan PKR telah menghabiskan masa dua setengah tahun sejak kejatuhan PH untuk menyerang Azmin dan bekas pemimpin parti itu, bukannya menjelaskan perancangan PH kepada rakyat.



“PH telah hilang panduan dan tiada arah tujuan.

“Pemimpin dan calon PM mereka berlari tanpa arah tuju seluruh Malaysia untuk mencari kerusi selamat dan mengelak sahutan (cabaran) dari pemimpin PN seperti Azmin,” katanya lagi yang menyertai Bersatu bersama-sama Azmin dan beberapa lagi pada 2020. Mk

Anwar takut bertanding di Gombak – Mansor


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker