Bajet 2023 berbeza dengan janji manifesto pembangkang – Ismail
#PRU15
Bajet 2023 berbeza dengan janji manifesto pembangkang – Ismail
Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu sudah mempunyai peruntukan untuk dilaksanakan dan ia berbeza dengan manifesto pembangkang yang sekadar janji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pembangkang akan tampil dengan manifesto yang menawarkan pelbagai janji.
Beliau berkata, jangan dilupa pelbagai janji pembangkang sebelum ini yang tidak ditunaikan sebaliknya mereka menyatakan bahawa manifesto bukan kitab suci yang wajib dipatuhi.
“Manifesto pembangkang cuma janji, duit pun tiada lagi. Kita (Bajet 2023) sudah ada duit, cuma pastikan kita menang, semua bajet akan dilunaskan.
“Janganlah sesekali kita lupa dan kena tipu sekali lagi. Jangan dipatuk ular sebanyak dua kali dari lubang yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, semua yang dibentangkan dalam Bajet 2023 akan dilunaskan jika Barisan Nasional (BN) menang pada PRU15 kali ini.
Beliau turut menyangkal tuduhan terbaharu pembangkang yang mengatakan bajet untuk pembangunan sebanyak RM95 bilion yang merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah hanya akan menguntungkan taikun-taikun besar.
“Bajet pembangunan untuk kepentingan rakyat. Sebagai contoh projek kecil dan sederhana, kontraktor kecil kelas G1 hingga G4 akan dapat.
“Projek-projek ini pula akan dilaksanakan adalah untuk kepentingan rakyat di mana sebanyak RM2.55 bilion untuk infrastruktur luar bandar. 110,000 masyarakat Orang Asli akan mendapat faedah dan semua projek pembangunan dapat kepada kita yang berada di akar umbi.
“PH (Pakatan Harapan) tidak nampak apa yang kita nampak (Bajet 2023). Inilah beza antara kita dengan mereka,” katanya. Utusan
Bajet 2023 berbeza dengan janji manifesto pembangkang – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET