Umno cari tempat sesuai untuk KJ tanding – Tok Mat

#PRU15

Umno cari tempat sesuai untuk KJ tanding – Tok Mat

Umno akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata Khairy yang juga menteri kesihatan merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara, sudah tentu Umno tidak mahu beliau “hilang” begitu saja.



“Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau bertanding pada PRU15,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Rembau.

Terdahulu, dalam mesyuarat sama, Khairy yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau memberi laluan kerusi Rembau kepada Mohamad pada PRU15.

“Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat. Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi,” kata Mohamad yang juga ketua Umno Bahagian Rembau.

Mengenai mesyuarat perwakilan hari ini, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, parti itu perlu memberi tumpuan di beberapa kawasan yang mengalami kekalahan tipis pada PRU14.



“Kita tidak cakap tentang sasaran kerusi, sasaran kita nak menang, jadi mesti melepasi 112 kerusi supaya dapat tubuhkan kerajaan pada PRU15 ini.

“Kalau boleh menang banyak lagi baik dan kawasan dulu yang kalah tipis perlu diberikan tumpuan yang lebih oleh pimpinan di kawasan tersebut.” FMT

Umno cari tempat sesuai untuk KJ tanding – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker