Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
LAHAD DATU: Tujuh termasuk seorang wanita ditahan polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar malam di Jalan Mawar, di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, tangkapan itu susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak melancarkan Op Cantas bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian terbabit.
“Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan selain polis turut merampas sebuah topi kaledar yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
“Hasil siasatan dijalankan mendapati motif kejadian ialah balas dendam berikutan perbalahan antara pasangan kekasih sehingga menyebabkan pergaduhan antara dua pihak di pasar malam berkenaan yang berlaku pada jam 9 malam Sabtu lalu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, kesemua individu berkenaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata (topi kaledar) di tempat awam yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Rohan Shah dalam pada itu turut meminta orang ramai menghentikan segera sebarang spekulasi dan provokasi berhubung kejadian.
Sebelum itu, satu video berdurasi satu minit 44 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu termasuk seorang wanita membelasah individu lain dalam kejadian itu. Sinar
Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)
You must be logged in to post a comment.