‘Ayahku, Rakan Sekelasku Jua’ Seronok Hadir Kuliah Bersama

Mulanya saya nak hantar anak saya untuk mengambil kursus ini.

 

Sela

‘Ayahku, Rakan Sekelasku Jua’ Seronok Hadir Kuliah Bersama

Selalunya rakan sekuliah adalah mereka yang seusia atau mempunyai jurang umur yang dekat, namun berbeza bagi Siti Zulaika Mohamad Sakroji, 20, apabila berpeluang berada sekelas dengan ayahnya sendiri, Mohamad Sakroji Abbas, 61.

Kedua-dua anak beranak tersebut mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual bersama-sama di GiatMara Kota Raja, di sini.

Mohamad Sakroji turut berkongsi kisah awal tercetusnya idea untuk mendaftarkan dirinya bersama anak perempuannya itu pada tahun 2019 di institusi tersebut.

“Mulanya saya nak hantar anak saya untuk mengambil kursus ini.

“Entah macam mana saya pun berminat dengan jurusan tersebut, jadi saya bertanya dengan pihak pejabat GiatMara, bolehkah umur macam saya ini memohon untuk jadi pelatih juga.

“Setelah mereka memaklumkan tiada halangan untuk berbuat demikian, itu yang saya masuk sekali,” katanya ketika sidang akbar sempena Majlis Graduasi GiatMara Selangor di Management and Science University (MSU) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamad Sakroji yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong itu turut mempunyai akaun YouTube sendiri untuk memuat naik video berkaitan kuliah agama.

Katanya, buat masa sekarang, pesara tersebut bekerja sendiri, malah ada ketikanya turut membuat kerja sambilan menjadi juruvideo di majlis perkahwinan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana banyak mengajar saya yang sudah berumur ini.

“Proses pembelajaran itu agak memakan masa tapi dengan adanya pelajar yang berusia muda, mereka bantu saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Zulaika memaklumkan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang animasi selepas tamat pengajiannya di GiatMara.

Bagaimanapun, dia mempertimbangkan berbuat demikian selepas memohon keizinan daripada ayahnya terlebih dahulu.

“Saya memang terfikir untuk sambung belajar, tapi perlu minta izin kepada ayah dulu,” katanya.

Seramai 834 graduan dari GiatMara Malaysia di Selangor berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di sini pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Datuk Azman Azman Jaafar berkata, seramai 2,380 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Selangor bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. –Sinar Harian

‘Ayahku, Rakan Sekelasku Jua’ Seronok Hadir Kuliah Bersama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker