Manifesto Bukan Kitab Suci, Belenggu PH Depani PRU15

Manifesto Bukan Kitab Suci, Belenggu PH Depani PRU15

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Pakatan Harapan (PH) bimbang sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada masa terdekat.

Katanya ini kerana mengikut maklumat yang diperolehi mereka, parti itu akan tewas dengan teruk akibat rakyat masih ingat tentang penipuan manifesto bukan kitab suci mereka.



“Hakikatnya tahun lepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November 2021 tidak pula PH naikkan isu pasal banjir?

“Mereka sering bercakap tentang kerajaan sekarang adalah kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap.

“Tapi bila UMNO mendesak untuk adakan PRU secepat mungkin tiba-tiba PH pula mempertahankan kerajaan sekarang.

“Tak ke pelik dengan perangai pemimpin PH ini? Mereka sendiri pun konpius sesama sendiri sehinggakan ahli-ahli mereka mula meninggalkan mereka dan tidak lagi terikut-ikut mereka lagi sebab mereka sendiri tertipu dan malu dengan janji-janji yang pemimpin mereka telah tabor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.



Beliau malah memberi pesanan kepada rakyat untuk tidak mudah terpedaya dengan janji yang diberikan oleh pemimpin PH, mengambil pengajaran daripada penipuan dilakukan mereka pada PRU14 lalu.

“Baru-baru ini pula Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa dia berjanji agar tidak berjanji. (Hahahaa.. apa benda la macam ini) dan enam hari lalu dia siap keluar kenyataan bahawa dia akan mansuhkan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ulang balik janji sebelum ini yang dia tipu. Anda rasa boleh percaya lagi ke?

“Saya harap anda semua jangan lagi percaya dengan janji-janji manis PH kerana mereka sudah pun menipu rakyat semasa PRU14. Jangan kita tertipu buat kali kedua di PRU15 nanti.

“Kembalikan mandat rakyat kepada Barisan Nasional kerana BN mengutamakan kestabilan dan kemakmuran negara,” ujar beliau. – UMNO Online 



Manifesto Bukan Kitab Suci, Belenggu PH Depani PRU15

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker