Umno tidak mahu ditipu PAS buat kali kedua
Umno tidak mahu ditipu PAS buat kali kedua
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempertahankan tindakan parti itu mengenakan tiga syarat kepada PAS sekiranya parti Islam itu mahu bekerjasama untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Puad berkata, Umno tidak mahu ditipu kali kedua oleh PAS.
Tambahnya, Umno menyambut dengan hati terbuka kenyataan beberapa pemimpin PAS baru-baru ini bahawa perikatan Muafakat Nasional (MN) masih dipertahankan.
Bagaimanapun, kata Puad, langkah 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN), termasuk PAS, yang mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pendirian mereka yang tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini, mendedahkan kedudukan sebenar parti Islam itu.
“Ia memberi signal PAS tidak jadi bekerjasama dengan Umno,” katanya di Facebook.
Puad berkata PAS sukar memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana bimbang Umno akan lebih dominan. Tambahnya, Bersatu adalah saingan Umno.
Beliau turut mempersoalkan parti Islam itu kerana tidak menjemput Amanah – parti serpihan PAS – untuk menyertai MN jika ia benar-benar mengambil berat tentang perpaduan umat Islam.
MN adalah pakatan politik yang dijalin antara PAS dan Umno pada September 2019, ketika kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada pembangkang persekutuan, untuk menyatukan pengundi Melayu-Islam.
“Apakah itu bukan main politik?
“Umno meletakkan syarat kerana tidak mahu ditipu kali kedua. Pokoknya Umno tidak akan masuk lubang biawak kali kedua,” tegasnya. FMT
Umno tidak mahu ditipu PAS buat kali kedua
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip
You must be logged in to post a comment.