Isteri Misali, sanggup kahwinkan suami tersayang dengan bekas teman wanita

 

Seorang wanita yang juga isteri misali  mempersetujui perkahwinan suaminya dengan bekas teman wanita lelaki berkenaan setelah mengetahui bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Kejadian itu berlaku di bandar Turupati, negeri Andhra Pradesh.

Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan sebelum ini  berkahwin dengan seorang wanita bernama Vimala selepas mereka berkenalan menerusi media sosial.

Rumahtangga mereka sejahtera sehinggalah Vimala mendapat tahu bahawa suaminya bercinta dengan seorang lagi pencipta kandungan dari Visakhapatnam yang baru berpindah ke kawasan itu.



Vimala (kiri) bergambar ketika majlis perkahwinan suaminya, Kalyan dengan bekas teman wanitanya, Nitya. – Facebook

Daripada cuba memutuskan hubungan suami isteri itu, bekas teman wanita Kalyan, Nitya Sree sebaliknya mahu menyertai keluarga tersebut.

Menurut beberapa saluran berita di India, Kalyan dan Nitya telah memutuskan hubungan kerana mengalami beberapa isu yang sejak itu, telah diselesaikan.

Apabila Nitya berpindah ke Tirupati, dia mendapati bahawa mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain dan merayu kepada Vimala untuk berkahwin.

Setelah mengambil sedikit masa, Vimala yang pada awalnya keliru akhirnya memutuskan untuk membenarkan perkahwinan itu. Dia malah turut serta bergambar bersama mereka ketika pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan.



Vimala bahkan bersetuju apabila pasangan itu mencadangkan agar mereka sekeluarga tinggal serumah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker