PRU15: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Akan Sokong Calon BN Di Sabah – Zahid Hamidi

PRU15: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Akan Sokong Calon BN Di Sabah – Zahid Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, persetujuan itu dicapai selepas pertemuan dan perbincangan antara kepimpinan GRS dan beliau baru-baru ini.

“Saya ingin memaklumkan di Sabah, saya telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan GRS dan mereka telah memberikan perakuan bahawa gabungan itu akan menyokong semua calon BN.

“Kami amat menghargainya… semoga perkara ini dapat direalisasikan dalam makna sebenar apabila tiba masanya (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada pertemuan khas itu ialah ketua-ketua bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pemohonan tujuh parti untuk menyertai BN sama ada sebagai parti teras atau Friends of BN dibawa ke perhatian mesyuarat Dewan Tertinggi BN./

“Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan atau Friends of BN dan tujuh lagi parti yang mahu menyertai BN,” katanya. AA

PRU15: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Akan Sokong Calon BN Di Sabah – Zahid Hamidi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker