Pengaruh Mahathir sudah berlalu di Kedah

 

Menjelang PRU ke-15, persaingan meraih kemenangan di Kedah boleh dianggap paling sengit dan kelibat serta pengaruh Dr Mahathir Mohamad pasti terus menjadi sandaran buat partinya – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bagaimanapun penganalisis berpandangan kebergantungan Pejuang – yang kini membentuk gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) – terhadap ketokohan anggota Parlimen Langkawi itu bukan lagi ‘modal besar’ untuk menjamin laluan mudah.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berpandangan Mahathir sudah kehabisan ‘winning card‘ (kelebihan untuk mendapat kemenangan).

Tanpa menafikan pengaruh tersendiri bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu, Muhammad Izmer berkata, pengaruh Mahathir di Kedah mempunyai dua fasa namun ia sudah berlalu.

“Fasa pertama apabila anaknya Mukhriz dinamakan sebagai menteri besar dan BN kembali berkuasa di Kedah. Kedua, ketika dia bersama PH berjaya merampas dan membentuk kerajaan Kedah.

“Untuk PRU ke-15 saya berpandangan ada dua keadaan.

“Pertama jika Pejuang bergerak solo, mereka akan kalah – sama ada dengan bersandar kepada pengaruh Mahathir ataupun tidak.

“Sebaliknya jika Pejuang bekerjasama dengan PH, itu akan membuka sedikit peluang kemenangan kepada mereka walaupun ia sangat tipis, kerana keadaan semasa tidak sama dengan sokongan yang diterima Mahathir semasa PRU ke-14,”

Tambah Muhammad Izmer walaupun secara umum Mahathir mempunyai pengaruh namun dia tidak yakin ‘aura’ itu memadai untuk Pejuang atau GTA menarik undi.

“Secara umum Mahathir berpengaruh mungkin dalam usaha meraih dana politik dan sokongan tokoh-tokoh tertentu.

“Simpatisan terhadap Mahathir wujud, tetapi saya tak rasa Pejuang akan memperoleh angka yang mencukupi untuk mereka menggapai sebarang kemenangan dalam PRU ke-15.

“Saya yakin tiada kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau parlimen akan dimenangi Pejuang, hatta di kubu kuat Mahathir sekali pun,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun Mahathir mungkin menjadi antara faktor kemenangan PH sebelum, ini ‘winning card‘ tersebut sudah hilang.

“Letak Mahathir atau Mukhriz pun, keadaan (tarikan kemenangan) itu sudah berakhir.

“Orang kata mereka sudah menggunakan ‘winning card’ yang ada dan ia tak boleh dipakai dua kali,” kata Muhammad Izmer yang juga pensyarah Pusat Sains Liberal Unimap.

Sementara itu penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Rusdi Omar berpendapat momentum pengaruh terhadap Pejuang juga bergantung sama ada Mahathir turut menjadi calon atau sebaliknya.

Katanya, berdasarkan situasi semasa dia menjangkakan bekas pengasas Bersatu itu akan turut bertanding pada PRU ke-15 nanti.

“Saya tak nampak Tun (Mahathir) tidak akan bertanding. Sebab dalam siidang media dia pun dia bercakap perkara itu termasuk mahu jadi perdana menteri lagi.

“Maknanya dia selagi dia hidup, kemungkinan besar akan terus bertanding. Ya, akan beri kelebihan (pada Pejuang) sebab orang Kedah turut mengambil kira sumbangannya

“Jadi saya jangka GTA boleh menang beberapa kerusi di Kedah, melainkan GTA turut bekerjasama dengan PH mereka akan lebih kuat untuk berdepan BN dan PN,” katanya yang juga dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government UUM.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker