Sebulan berguru dengan YouTube untuk buat senapang angin

Sebulan berguru dengan YouTube untuk buat senapang angin

Ipoh: Lelaki dari Taman Mewah Jaya, Sitiawan, dekat sini dipercayai mempelajari kaedah mencipta senapang angin menerusi YouTube selama sebulan, sebelum mampu menghasilkan sekurang-kurangnya tiga unit.

Dia yang berusia 39 tahun turut mendakwa senjata haram itu untuk kegunaan sendiri ketika disoal siasat polis selepas ditahan dalam Op Tapis Khas Kontinjen Perak di rumah berkenaan pada 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, selain senapang angin berkenaan, anggota turut menemui sepucuk pistol tiruan, balang gas yang diubah suai, sepasang gari bersama sarung dan dua anak kunci gari.

“Turut ditemui bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah jenis Methamphethamine anggaran berat 6.34 gram bernilai RM350.

“Polis masih menyiasat lebih lanjut tujuan suspek memiliki senapang angin itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, suspek yang positif dadah mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) serta Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu, katanya, polis turut menahan lelaki, 22, di kawasan Terminal Bas Meru Raya pada 5.30 petang hari sama kerana disyaki mengedar dadah.

“Pemeriksaan ke atasnya menemui 10 bungkus plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 4.5 kilogram bernilai RM158,730, malah semakan mendapati dia mempunyai satu rekod kesalahan lampau.

“Suspek direman tujuh hari sejak Selasa lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B ADB,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi itu yang berlangsung tiga hari berakhir Rabu lalu, pihaknya menyerbu 21 sarang dadah dan menahan 408 individu berusia 16 hingga 63 tahun yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Katanya, semua yang ditahan adalah warga tempatan dan tiga warga Myanmar, Vietnam dan Thailand, dengan 10 orang daripada mereka akan diambil tindakan mengikut Seksyen 39C ADB, tujuh lagi bagi Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta 14 individu adalah orang yang dikehendaki.

“Keseluruhan dadah dirampas dalam operasi itu bernilai RM194,091,” katanya. HM

Sebulan berguru dengan YouTube untuk buat senapang angin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker