Lirik tulisan tangan David Bowie dijual lebih £200,000
Lirik tulisan tangan David Bowie dijual lebih £200,000
Lirik asal tulisan tangan David Bowie untuk lagu pop klasik ‘Starman’, yang menjadi sebahagian daripada album yang melonjakkan nama penyanyi itu sebagai bintang antarabangsa, dijual pada harga 203,500 pound (RM1.03 juta) dalam satu acara lelongan di Britain, semalam.
Diterbitkan sebagai single pada 1972, lagu Starman itu terkandung dalam album konsep Ziggy Stardust.
Lirik tulisan tangan berkenaan dijual pada harga lima kali ganda berbanding anggaran 40,000 pound.
Pembida yang memenanginya ialah pengarah perolehan dan pakatan serta pengumpulan di Museum of Old and New Art di Tasmania, Olivier Varenne, bagi pihak seorang pengumpul persendirian.
“Kami mendapat tarikan yang hampir tidak pernah berlaku sebelum ini dari seluruh dunia untuk sekeping memorabilia bersejarah ini,” kata Paul Fairweather dari Omega Auctions.
“Kami amat gembira dengan harga luar biasa yang dicapai dan pasti lirik itu akan dihargai oleh pembida yang menang.”
Lirik berkenaan sebelum ini dipamerkan sebagai sebahagian daripada koleksi David Bowie Is di V&A Museum.
Ia dimiliki orang yang sama sejak 1980-an.
Halaman bersaiz A4 itu menampilkan pindaan dan suntingan tulisan tangan oleh Bowie, termasuk pembetulan kesilapan ejaan dan penambahan.
Lirik itu dilelong sebagai sebahagian daripada jualan David Bowie dan ‘glam rock’, semalam.
Pada 2019, demo pertama Starman nyanyian Bowie dijual pada harga 51,000 pound (RM257,007) selepas hanya tersimpan di loteng selama hampir lima dekad.
Dalam demo berkenaan, Bowie kedengaran memberitahu pemain gitarnya, Mick Ronson, yang meninggal dunia pada 1993, yang beliau belum selesai menyanyikan lagu itu apabila demo cuba ditamatkan.
Penyanyi yang lahir dengan nama David Jones itu meninggal dunia pada usia 69 tahun di New York pada 2016. BH
Lirik tulisan tangan David Bowie dijual lebih £200,000
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak
- Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
- Pas ramai jurucakap tanpa tauliah – Nasrudin
- PH malam jadi manusia, siang jadi ular
- PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber
- Elok bubar MPN, ditubuhkan pun sebab jaga air muka Muhyiddin saja
- Mahathir tak pernah insaf – Anwar
- Pensyarah lucah tawar RM20,000 tutup kes
- Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris
- Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU
- MB Kedah perangai jangan macam budak- budak
- Mahkamah dimaklumkan Kerabat Arab Saudi beri Najib AS$100 juta
- Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]