Lelaki warga asing ‘pukau’ wanita curi wang, makanan kucing

Polis sedang mengesan lelaki warga asing yang didakwa mengunakan ilmu pukau untuk mengambil wang dari mangsa.

SERDANG – Polis sedang mengesan lelaki warga asing didakwa memukau seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan sekeping wang RM100 tanpa dipaksa di sebuah klinik haiwan di Seri Kembangan, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu klinik pada Selasa.

“Mangsa mendakwa pada jam 5.48 petang telah datang seorang lelaki disyaki warga asing memakai pelitup muka telah mengambil makanan kucing berharga RM11.

“Semasa membuat pembayaran suspek menunjukkan sekeping wang RM100 lalu berkata dia tiada wang kecil dan seolah-olah dipukau mangsa memberikan sekeping wang RM100 kepada suspek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anbalangan berkata, mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.

Katanya, semakan mendapati tiada kejadian sebelum ini berlaku menggunakan modus operandi sama dilaporkan dalam daerah Serdang.

“Jumlah kerugian kes ini sebanyak RM111 dan jika ada mangsa lain pihak polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat.

“Sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek seperti dlm gambar boleh hubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujar beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker