Parti liar: 11 remaja dikompaun dan ditahan

Parti liar: 11 remaja dikompaun dan ditahan

Sertai parti liar semasa PKP, 11 termasuk remaja dikompaun RM44,000

Seramai 11 individu, termasuk remaja bawah umur, didenda RM4,000 setiap seorang selepas ditahan dalam satu serbuan kerana mengadakan parti liar di sebuah inap desa di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata, pemeriksaan pada 4 pagi itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Kumpulan yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga perempuan berusia 17 hingga 25 tahun itu didapati berhibur dengan memasang muzik kuat di inap desa tersebut.

“Berikutan itu, tindakan kompaun dikeluarkan ke atas kesemua individu terlibat kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Larangan berhimpun dlm premis bagi tujuan sosial),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menjumpai sejumlah dadah disyaki jenis ketamin dengan berat kasar 4.19g, dan enam biji pil ekstasi seberat kira-kira 1.8g.

Hasil ujian air kencing mendapati tujuh lelaki positif dadah manakala selebihnya negatif, tambahnya.

Beliau berkata, bagi kes melibatkan dadah dan positif dadah bagi ujian air kencing, polis telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua remaja yang ditangkap berasal dari daerah Kota Tinggi dan telah dibawa ke Balai Polis Penawar untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT

Parti liar: 11 remaja dikompaun dan ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kejam! Pergaduhan Hingga Tetak Kepala Bayi Sampai Mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker