Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk

Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk

Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk
TANGKAP layar menunjukkan 20 individu menyerang rumah penduduk. – AGENSI

JAKARTA – Gara-gara tidak berpuas hati ditegur kerana bunyi ekzos yang bising dan pemanduan secara berbahaya, 20 individu yang menaiki kereta dan motosikal menyerang sebuah rumah penduduk di Perumahan Royal Cikunir, Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat, lapor halaman berita Radar Kaltim.

Pemilik rumah mendakwa turut menerima ugutan, termasuk ancaman mahu membakar rumah berkenaan.

Isu tersebut dilaporkan telah beberapa kali ditegur dan pernah cuba diselesaikan menerusi pihak Rukun Tetangga (RT).

Bagaimanapun, keadaan kembali tegang sehingga pemilik rumah bertindak membuat laporan polis..

Pemilik rumah turut mengesahkan telah menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Kota Bekasi.

Kes berkenaan kini masih dalam proses pengendalian pihak berkuasa. – AGENSI

Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker