Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar

Mohon Bantuan Orang Ramai Mencarinya

Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar

SEPERTI yang kita semua tahu, sijil kematian adalah dokumen yang hanya dibuat dan dikeluarkan apabila seseorang meninggal dunia.

Namun lain pula hal berlaku di India, baru-baru ini.



Sebuah iklan di akhbar mencetuskan reaksi bercampur daripada netizen selepas seorang lelaki bertindak mengiklankan kehilangan sijil kematiannya bagi meminta bantuan ramai.

Dalam iklan yang kini viral itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia kehilangan sijil kematiannya di Bazar Lumding Assam pada 7 September lalu.

Dia juga memberikan butiran lain seperti nombor pendaftaran dan nombor siri sijil kematiannya itu, bersama nama dan nama

“Saya telah kehilangan sijil kematian saya di Lumding Bazar (di Assam) bertarikh 7 September 2022,” demikian papar iklan berkenaan.



Gambar iklan tersebut dimuat naik di Twitter oleh pegawai Perkhidmatan Polis India (IPS) Rupin Sharma, dan mencetuskan ‘kekecohan’ di media sosial.



“Ia hanya berlaku di India,” tulisnya pada kapsyen perkongsian itu. – India.com

Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker