PM santuni pengunjung Himpunan Madani

Anwar menyantuni pengunjung yang hadir di Himpunan Madani di Dataran Stargate, Alor Setar pada petang ini.

 

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 minit menyantuni lebih 3,000 pengunjung yang hadir pada Himpunan Madani di Dataran Stargate, di sini pada petang ini.

Anwar dengan diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution tiba di himpunan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Perdana Menteri sempat beramah mesra dan bergambar dengan sebahagian pengunjung yang hadir.



Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan peringkat nasional dan negeri dijadualkan menyampaikan pidato di himpunan berkenaan pada sebelah malam

Selain itu, dua artis terkemuka negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search juga akan membuat persembahan pada himpunan itu, malam ini.

Himpunan tersebut yang berlangsung dari pukul 3 petang tadi hingga 11.30 malam ini dijangka dihadiri lebih 10,000 pengunjung.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker