Kes Ebit Lew: Buat laporan di Bukit Aman pilihan pengadu, suami

Kes Ebit Lew: Buat laporan di Bukit Aman pilihan pengadu, suami

TENOM – Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu memaklumkan dirinya ada mencadangkan agar pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) membuat laporan polis di Sabah.

Bagaimanapun, Mohd Fairuz yang juga saksi pendakwaan pertama menyatakan keputusan membuat laporan polis di Bukit Aman adalah pilihan pengadu selepas membuat perbincangan dengan suaminya.



“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suami sebabnya seperti yang saya sebutkan semalam. Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report’,” katanya ketika prosiding hari kedua berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian bagi menjawab soalan peguam, Ram Sigh pada sesi pemeriksaan balas hari ini.

Sementara itu, Mohd Fairuz turut menyatakan hantaran dalam laman sosial Facebook mencadangkan wanita lain yang menjadi mangsa agar menghubungi dirinya bagi kaunseling serta bantuan membuat laporan dimuatnaik selepas laporan polis dibuat oleh seorang lagi pengadu wanita lain (identiti tidak boleh didedahkan) pada 26 Julai 2021.



Mohd Fairuz berkata, hantaran itu juga dibuat selepas hasil perbincangan dengan Firdaus Wong serta peguam Multiracial Reverted Muslims (MRM).

“Ia bertujuan bagi membantu mana-mana wanita atau mangsa gangguan seksual untuk tampil membuat laporan.

“Selepas itu, semua aduan pengadu akan diserahkan kepada Sayap Wanita MRM yang mempunyai kaunselor dan pakar psikologi,” katanya.

Terdahulu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom kira-kira pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser warna hitam selain diringi beberapa kenderaan lain. K Online



Kes Ebit Lew: Buat laporan di Bukit Aman pilihan pengadu, suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker