Mamat Exists masih bawah pemantauan AADK

Mamat Exists masih bawah pemantauan AADK

“Saya masih lagi dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan).” Demikian kata penyanyi Mamat Exists, 44.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin mengulas mengenai situasi dirinya yang masih berada dalam pemantauan agensi dari cawangan Johor Bahru itu susulan dirinya pernah berdepan masalah penyalahgunaan dadah pada September 2019.

Menurutnya, pihak AADK akan memaklumkan terlebih awal menerusi WhatsApp untuk membolehkan dia hadir ke program yang diadakan.

“Mereka akan whatsapp dan mesej dan saya akan pergi. Mereka tak melarang apa-apa. Insya Allah alhamdulillah.

“Sebab kita pun tiada buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh. Apapun tunggu mereka akan nilai baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Resolusi Exists di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di sini hari ini.

Konsert Resolusi Exists yang turut menampilkan Pasha dan Eiz anjuran ImagineX akan berlangsung di Zepp KL, Bukit Bintang pada 18 November ini.

Menurut Mamat, untuk urusan kerja dia perlu memaklumkan jadualnya kepada AADK.

“Mereka akan dapat detail secepat mungkin, apa yang berlaku kepada diri kita. Jadi tak susah kerana saya pun bukan orang tak kenal.

“Orang yang mereka tak tahu dia duduk, dia pergi mana. Itu lagi susah. Mereka tahu di mana saya ada, kat mana saya duduk. Itu lagi mudah.

“Alhamdulillah… dengan program dan konsert yang ada saya rasa karier lebih teratur,” katanya.

Akuinya, perjalanan kehidupannya sekarang lebih senang.

“Saya dah buat persiapan untuk masa depan. Saya mahu berubah ke arah lebih baik. Kehidupan peribadi kita memang saya simpan.

“Namun kegiatan seni saya perlu dikongsi dengan peminat. Saya milik masyarakat dan tutup macam mana pun mereka akan tahu.

“Saya rasa lebih tenang dan relax. Saya pun dah berusia. Tumpuan saya penuh komitmen terhadap kerja-kerja saya,” katanya.

Terdahulu, Mamat ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu. Insiden berlaku sebelum Mamat terbabit menjayakan Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019. Selain Shah Alam, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober 2019. HM

Mamat Exists masih bawah pemantauan AADK


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker