Pasangan pengantin pilih berkahwin secara metaverse dengan tema Harry Potter

CHENNAI: Sepasang pengantin dari India akan melangsungkan perkahwinan mereka dengan menggunakan ‘metaverse’ iaitu versi realiti maya internet untuk masa depan.

Majlis perkahwinan realiti maya yang bertemakan Harry Potter itu juga bakal menyaksikan ‘kehadiran’ mendiang bapa pengantin perempuan yang sudah meninggal dunia pada tahun lalu menerusi avatar.

Lapor Daily Mail, P. Dinesh Sivakumar Padmavathi, 24, dan tunangnya, Janaganandhini Ramaswamy, 23, akan mengadakan majlis perkahwinan mereka secara dalam talian pada 6 Februari depan.

DINESH Sivakumar Padmavathi dan Janaganandhini Ramaswamy bakal berkahwin di metaverse. – AGENSI

Pelaksanaan perintah berkurung di Tamil Nadu menghalang tetamu daripada menghadiri majlis perkahwinan secara peribadi.

Dinesh menjemput para pengikutnya di Twitter dan Instagram untuk menyaksikan majlis perkahwinannya, dengan 2,000 orang mengesahkan kehadiran mereka manakala 5,000 lagi menyatakan ‘mungkin’ hadir.

“Saya tahu ramai pasangan pernah berkahwin menggunakan aplikasi Zoom namun kami mahu melangkau lebih jauh lagi dan menjadi pasangan pertama mengadakan majlis perkahwinan secara metaverse.

“Saya juga mahu memperkenalkan teknologi metaverse kepada rakyat India,” katanya kepada The Times.

Dinesh yang bekerja di Institut Teknologi India Madras (IIT-Madras) di Chennai turut mencipta panduan kepada metaverse di YouTube bagi membantu menerangkan teknologi itu kepada ahli keluarga dan saudara maranya.

Pasangan pengantin pilih berkahwin secara metaverse dengan tema Harry Potter


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker