Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini

Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini

Jualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka semula berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau bagaimanapun berkata, kuota tiket dijual bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada, iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.



“Penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.

Pada 22 Dis lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan jualan tiket VTL darat dan udara digantung sementara susulan pengesanan satu kluster Covid-19 di Singapura yang mencatatkan tiga kes penularan tempatan dengan kemungkinan dua daripadanya membabitkan varian Omicron. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Cerai, hilang datuk dalam sehari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker