Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon
Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon
Pemain naturalisasi negara, Liridion Krasniqi bersimpati terhadap ‘nasib malang’ menimpa Mohamadou Sumareh yang dikritik hebat susulan persembahan kurang memuaskan pada aksi final Piala Raja Thai ke-48 menentang Tajikistan, malam tadi.
Sumareh yang berasal dari Gambia dikecam selepas mempamerkan aksi ‘lemau’ sepanjang separuh masa pertama apabila kurang membantu Harimau Malaya melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan pada perlawanan di Chiang Mai itu.
Malah, lebih mencuri tumpuan adalah aksi Sumareh yang hampir saja dibuang padang selepas melakukan terjahan berbahaya terhadap pemain lawan iaitu Ehsoni Panshanbe di hujung babak pertama, ketika dia sudah menerima kad kuning pertama.
Situasi terbabit menyebabkan penyokong tidak berpuas hati dengan menganggap kehadirannya dalam skuad Harimau Malaya menyusahkan rakan sepasukan lain.
Liridon atau turut dikenali sebagai Mat Don melihat pemain negara terutama berstatus naturalisasi akan mengalami nasib ‘menang disanjung, kalah dipijak’.
“We are Malaysian when we win, an immigrant when we lose… (Kami rakyat Malaysia bila menang, dianggap pendatang ketika kalah),” tulis Liridon di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, aksi final yang terjejas akibat hujan lebat itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum Harimau Malaya muncul naib juara apabila tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti. HM
Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah