Bank Dunia naikkan unjuran ekonomi Malaysia tahun ini

Bank Dunia naikkan unjuran ekonomi Malaysia tahun ini

Bank Dunia menyemak semula dengan menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi keseluruhan tahun ini kepada 6.4 peratus daripada 5.5 peratus sebelum ini.

Namun begitu, ia menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun hadapan kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Dr Aaditya Mattoo, berkata langkah badan kewangan global itu menaikkan unjuran tahun ini adalah berikutan terdapat peningkatan dalam permintaan domestik.

Beliau berkata, permintaan kukuh itu dipacu oleh kemajuan dalam pasaran pekerjaan susulan peningkatan gaji minimum.

“Namun begitu, risiko penurunan terutama dari luaran dijangka berterusan. Terdapat cabaran besar bagi Malaysia iaitu pertamanya, cabaran pertumbuhan keseluruhan, iaitu peralihan kepada status negara berpendapatan tinggi masih perlahan.

“Cabaran kedua ialah insklusif, yang mana terdapat petunjuk pemulihan ekonomi Malaysia masih tidak sekata. Bukan semua (pihak) mendapat sokongan yang mencukupi, yang mana isi rumah berpendapatan rendah masih lagi berdepan kesukaran kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya sempena pelancaran Laporan Terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik bagi Oktober 2022.

Memperincikan mengenai prestasi ekonomi Malaysia, Ketua Ekonomi Bank bagi Malaysia, Apurva Sanghi pula berkata, semakan semula kepada unjuran itu dibuat berdasarkan perangkaan terkini, yang mana pertumbuhan ekonomi negara ini terutama pada suku kedua yang kukuh mengatasi jangkaan sebanyak 8.9 peratus.

Beliau berkata, pertumbuhan itu disokong oleh pembukaan ekonomi dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyokong penggunaan domestik serta pertumbuhan kukuh eksport terutama elektrik dan elektronik (E&E).

Katanya, sektor berkaitan pelancongan mencatatkan prestasi yang baik dan begitu juga dengan pembinaan yang terus meningkat pada suku kedua meskipun berdepan isu kekurangan tenaga kerja dan peningkatan harga bahan binaan.

“Kami menaikkan unjuran 2022 berikutan prestasi di luar jangkaan pada separuh pertama 2022. Kami jangkakan beberapa limpahan positif pada separuh kedua,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Yasuhiko Matsuda, berkata cabaran kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, cabaran utama bagi dasar ialah bagaimana untuk menyeimbangkan keperluan untuk mengekalkan kestabilan dalam jangka sederhana dan terus menggalakkan pertumbuhan serta pada masa sama dasar yang dilaksanakan kini tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan jangka sederhana dan panjang.

Katanya, pertumbuhan perlahan ekonomi global akan memberi kesan kepada Malaysia memandangkan ekonomi negara ini yang terbuka.

Namun, jelasnya, sebagai negara pengeksport, Malaysia berupaya memperoleh manfaat daripada peningkatan permintaan eksport barangan. BH

Bank Dunia naikkan unjuran ekonomi Malaysia tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker