Tawaran PRU-15: Ada 8 syor BN boleh tawarkan

Veteran UMNO mencadangkan lapan manifesto bersifat realistik yang perlu ditawarkan oleh BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, lapan perkara itu ialah membetulkan semula ekonomi negara; peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk golongan muda; menyediakan perumahan mampu milik yang sesuai dengan kemampuan rakyat dan menyediakan bantuan secara tetap kepada petani, nelayan serta penoreh getah.

Selain itu, menyelesaikan masalah peneroka yang masih belum memiliki geran tanah; menyediakan bantuan khusus kepada warga emas yang dijangka akan terus meningkat; menyediakan platform yang mencukupi sistem pendidikan agama dan mewujudkan undang-undang khusus bagi membendung pelampau agama atau individu yang menghina agama.

MUSTAPHA
MUSTAPHA

 

“Manifesto merupakan perkara terpenting yang perlu diberi perhatian oleh BN sekiranya ingin memenangi semula PRU15 ini dan fokusnya adalah tentang isu anak muda.

“Kita sedia maklum, pilihan raya kali ini disifatkan mencabar kerana data menunjukkan ramai pengundi muda pada pilihan raya kali ini dan jika kita (BN), gagal sediakan apa yang rakyat khususnya golongan muda mahukan, dibimbangi gagal tarik sokongan mereka.

“Namun, apa yang paling utama adalah kita kena pastikan setiap janji atau manifesto yang ingin ditawarkan nanti adalah bersifat realistik atau dalam erti kata lain apa yang kita ingin laksanakan nanti boleh diterima rakyat secara keseluruhannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mengenai syor manifesto yang perlu ditawarkan BN dalam PRU15 akan datang.

Mustapha turut menegaskan, BN perlu elak daripada menawarkan sebarang manifesto bersifat populis semata-mata ingin membeli jiwa rakyat.

“Jangan kita (BN) sesekali tawarkan manifesto bersifat ‘bulan dan bintang’ yang sememangnya diketahui sukar untuk dilaksana tetapi kita lakukan juga hanya kerana ingin rakyat menyokong kita,” katanya.

Isu mengenai manifesto merupakan antara perkara yang hangat diperkatakan ketika ini susulan ramai pihak menggambarkan PRU15 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

8 syor Veteran UMNO kepada BN

– Memperbetulkan semula ekonomi negara

– Peluang pekerjaan buat golongan muda

– Rumah mampu milik

– Bantuan tetap petani, nelayan dan penoreh getah

– Tamatkan isu pemilikan geran peneroka

– Bantuan khusus warga emas

– Undang-undang khas pelampau agama

– Tambah platform pendidikan agama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker