PAS akan pilih PN atau BN dalam masa terdekat

PAS akan pilih PN atau BN dalam masa terdekat

PAS akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau masih ada persefahaman dengan UMNO, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayangan itu diberikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada pertemuan dengan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya diberikan bayangan mungkin dalam tempoh terdekat PAS akan buat satu keputusan muktamad mengenai hala tuju di masa hadapan dalam PN atau sama ada apa lagi usaha yang nak dibuat dengan UMNO.

“Dia akan buat keputusan muktamad mungkin tempoh masa yang mereka kata tidak ada kaitan dengan UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada PAS untuk membuat keputusan berikutan tidak mahu PN yang diasaskan bersama PAS dilihat sebagai tidak kukuh, dan perlu mempunyai pendirian yang senada.

“Kita mesti ambil satu pendirian yang sama dalam semua perkara supaya tidak ada pertembungan kepentingan,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam soal kerjasama politik, UMNO sudah menyatakan pendirian enggan bekerjasama dengan BERSATU.

Beliau berkata, pihaknya akan menentang sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan PN dalam PRU-15.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan parti itu tidak menerima kenyataan Muhyiddin Barisan Nasional (BN) sebagai musuh PN, beliau berkata, pertemuan malam tadi menunjukkan hubungan di antara kedua-duanya kukuh.

“Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh sesiapa itu, terpulang kepada mereka.

“Kadang-kadang mungkin, dia rujuk atau tidak kepada sesiapa, saya tak tahu.

“Tapi pertemuan semalam menggambarkan bahawa yang lebih penting adalah pertemuan terkini yang menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya buat, jangan disalah-tafsirkan,” katanya. BH

PAS akan pilih PN atau BN dalam masa terdekat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker