Hazama tak cemburu dengan artis Indonesia


Hazama tak cemburu dengan artis Indonesia

Kemasukan artis seberang ke Malaysia untuk menjayakan konsert sedikitpun tidak menggusarkan penyanyi, Hazama, jauh sekali menerbitkan rasa cemburu.

Sebaliknya, Hazama melihat kemasukan artis Indonesia seperti kumpulan Dewa 19, Kunto Aji dan Hetty Koes Endang untuk mementaskan konsert sebagai perkembangan positif industri muzik tempatan.

Malah, Hazama berpendapat, konsert dijayakan artis tempatan seperti Search, Wings; Anuar Zain & Ziana Zain dan Datuk Hattan tidak kurang hebatnya apabila tiket laris bagai pisang goreng panas.



“Kami tidak boleh buat apa-apa jika penganjur lebih yakin dengan penyanyi seberang.

“Tetapi kita juga tidak boleh menidakkan kemampuan penyanyi tempatan kerana mereka juga ada ‘crowd’ tersendiri seperti yang dilihat pada acara Faztival Fazura, baru-baru ini.

“Bagi saya kemasukan penyanyi Indonesia bukanlah suatu masalah. Apa yang penting, peminat nampak industri sudah kembali aktif.

“Tidak kisahlah dari mana dan siapa penghiburnya, Indonesia atau Hollywood. Apa yang penting, industri hiburan kembali rancak.



“Kita dapat kembali bekerja seperti biasa,” katanya kepada BH Online.

Hazama berkata, impak sama turut dirasai industri perfileman yang rancak semula.

“Bagi saya, tidak perlu berkecil hati. Apa yang penting, peminat sanggup keluarkan wang untuk tonton konsert dan filem.

“Jadi, kita perlu lihat perkara itu dari sudut positif.



“Situasi itu berbeza 10 tahun lalu di mana peminat hanya mengharapkan konsert percuma.

“Jadi, apabila lihat mereka sanggup keluar wang untuk menonton konsert, sebagai penyanyi, saya perlu tumpang gembira,” katanya.

Mengenai hasrat mementaskan persembahan solo, Hazama berkata, selepas lebih sedekad membina nama, niat itu terus disimpan.

Namun, Hazama perlu melunaskan Konsert 4G’s bersama Akim, Tomok dan Black yang sepatutnya berlangsung tahun lalu, tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.



Selagi konsert itu belum direalisasikan, Hazama tidak berani menjayakan konsert solo kerana tidak mahu dianggap penipu.

“Konsert 4G’s tetap diteruskan, berkemungkinan besar awal tahun depan. Ada peminat sudah membeli tiket.

“Mengikut cadangan, konsert itu dianjurkan tahun ini. Namun, disebabkan masalah lokasi, ia terpaksa ditunda tahun depan.

“Kami tidak mahu dikatakan sebagai ‘scammer’. Jadi, untuk tidak menimbulkan konflik, saya buat keputusan tidak mengadakan apa-apa konsert solo sehinggalah Konsert 4G’s selesai,” katanya.



Hazama juga mahu memberi perhatian kepada projek pembikinan album yang sudah lama tertangguh.

“Bagi saya, sebagai penyanyi, saya kena buat album sebagai bukti saya adalah penyanyi di Malaysia,” katanya. BH

Hazama tak cemburu dengan artis Indonesia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker