Bob Lokman tak boleh dipisahkan daripada Search, Wings

Bob Lokman tak boleh dipisahkan daripada Search, Wings

“Dia salah seorang insan yang tinggalkan jasa pada Search dan industri muzik keseluruhannya.

“Satu kehilangan yang besar dan arwah tinggalkan karya-karya yang sangat baik untuk industri.”

Demikian kata pemain bass kumpulan rock Search, Nasir Daud.



Bercerita pengalamannya, Nasir berkata, hubungan mereka dengan Allahyarham Bob Lokman mula rapat apabila Bob menghasilkan lirik lagu Isabella yang popular sehingga ke negara jiran Indonesia.

“Sebagai insan segi memang kita tak boleh lupa dan takkan lupa dalam sejarah industri. Dia seorang penulis lirik yang amat berhantu.

“Kami selalu berjumpa masa di kelab Daily Rooster, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1981.

“Di mana Search dan di mana Wings berada, di situ dia ada. Dia memang sangat rapat dengan dua kumpulan ini,” katanya.



Menurutnya, nama Bob Lokman tidak boleh dinafikan dalam lipatan sejarah Search sebagai penulis lirik.

“Semasa di King Studio, Datuk M Nasir suruh dia buat lirik untuk lagu kami. Dia pun buat tapi M Nasir tak puas hati dan suruh buat lagi.

“Selepas itu barulah liriknya diterima iaitu Isabella. Dia seorang penulis lirik yang baik selain menang beberapa anugerah.

“Selalunya kelibat dia ada baik di tapak pertunjukan, tapak konsert mahupun di pejabat BMG serta studio.



“Waktu itu penghujung 1980 nak masuk ke 1990-an memang era kegemilangan dia. Bob banyak buat lirik Search dan Wings serta beberapa artis lain,” katanya.

Nasir bertemu Bob buat kali terakhir pada program Magnum Opus 40 Tahun M Nasir pada April 2019 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya duduk semeja dengan dia. Masa itu dia masih kuat dan boleh berbual seperti biasa.

“Selepas dari itu, dia ada WhatsApp saya beberapa kali. Kami dah jarang berhubung kerana dia tinggal jauh di Kelantan.

“Penulis lirik yang baru perlu kaji hasil kerjanya. Saya bagi pihak Search sangat terkesan dengan pemergiannya. Doakan supaya rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata Nasir. HM

Bob Lokman tak boleh dipisahkan daripada Search, Wings


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker