Hamzah kata Bersatu-PAS-Gerakan kekal bersama, ada siapa tanya?

Tiga parti teras Perikatan Nasional iaitu Bersatu, PAS, dan Gerakan akan sentiasa bersama meskipun ditawar menyertai kerajaan perpaduan, tegas Hamzah Zainudin.

Setiausaha agung PN itu mendedahkan bahawa PAS ada memaklumkan kepada pucuk pimpinan gabungan itu bahawa ia ditawarkan untuk menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Presiden PAS, Hadi Awang, pada Sabtu mendakwa beliau dihubungi ‘orang tertentu’ beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan. Beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

Dakwaan Hadi bagaimanapun membingungkan pelbagai pihak, seperti Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi yang menafikan perkara itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker