Badak air Pablo Escobar akan dihapuskan

Badak air Pablo Escobar akan dihapuskan

BOGOTA, Colombia – Lebih 100 badak air Afrika milik bekas raja dadah, Pablo Escobar berdepan masa depan suram selepas haiwan berkenaan diisytihar sebagai speseis yang sukar dikawal, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kawanan haiwan tersebut yang dinamakan badak air kokain, berkemungkinan besar akan dihapuskan kerana pihak berkuasa hidupan liar tempatan tidak mampu untuk mengawal pembiakannya.

Sebanyak 130 ekor badak air itu dibiarkan berkeliaran bebas di sekitar Sungai Magdalena, utara Bogota.

Seorang pegawai zoo berkata, kehadiran badak air mengancam hidupan liar tempatan dan manusia yang tinggal di sepanjang sungai itu.

Pihak zoo tersebut bercadang untuk memandulkan kawanan badak air berkenaan, namun prosesnya menelan belanja yang besar selain sukar dilakukan.

“Mungkin kawanan tersebut akan dibunuh jika tiada jalan penyelesaian lain.

“Ia adalah pilihan yang perlu dan mungkin satu-satunya cara untuk menghentikan masalah ini daripada menjadi lebih teruk,” kata Ketua Agensi Alam Sekitar negeri Cornare, David Echeverri.

Echeverri bertanggungjawab dalam usaha memandulkan kawanan badak air tersebut.

Escobar yang pernah menjadi ketua Kartel Medellin merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia hasil kekayaan empayar pengedaran dadah yang dibinanya.

Dia menggunakan hasil kekayaannya untuk membina sebuah zoo peribadi yang menempatkan badak air, flamingo, zirafah, kuda belang dan kanggaru.

Selepas dia ditembak mati oleh polis pada 1993, semua haiwan kecuali badak air telah dijual kepada zoo. K Online

Badak air Pablo Escobar akan dihapuskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker