‘Monyet’ Nama Timangan Pada Bayi Kerana Berbulu Lebat [VIDEO]

‘Monyet’ Nama Timangan Pada Bayi Kerana Berbulu Lebat [VIDEO]

SEORANG ibu terkejut apabila bayi perempuannya dilahirkan dengan bulu halus lebat berwarna hitam di seluruh lengan dan belakangnya.

Dek kerana situasi aneh itu, wanita berkenaan memberi bayinya nama timangan ‘monyet’.

Britney Budhi menyambut kelahiran bayi perempuannya, Teyana, tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pada September lalu.



“Saya tahu mungkin bayi dilahirkan dengan bulu pada badan tetapi saya tidak menjangkakannya.

“Apabila dia keluar, saya juga bergurau bahawa dia kelihatan seperti monyet kecil.

VIDEO DIBAWAH:-

“Sesetengah orang menganggapnya sebagai komen yang kejam – tetapi saya fikir ia sangat comel,” kata pendandan rambut dari Sydney, Australia itu.



Wanita berusia 29 tahun itu dan pasangannya, Tariq Ladhani, 36, menyambut kelahiran anak perempuan mereka melalui kaedah pembedahan C-section pada 16 September 2021.

Bayi kecil itu dilahirkan seberat 2.2 kilogram.

Untuk makluman, situasi bayi tersebut dikenali sebagai ‘Lanugo’ iaitu bulu-bulu halus yang tumbuh ketika bayi berada di dalam rahim, di mana ia akan beransur-ansur hilang selepas beberapa minggu kelahirannya.



Dikatakan bulu berkenaan mengambil masa untuk hilang sekiranya bayi dilahirkan pramatang-Daily Star / Metro UK

‘Monyet’ Nama Timangan Pada Bayi Kerana Berbulu Lebat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker