Sukma 2022: Pahang rampas pingat emas hoki

Atlet Pahang meraikan kemenangan selepas menewaskan Johor pada Sukan Malaysia XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki Pahang menebus kekecewaan empat tahun lalu apabila kembali merampas pingat emas pada edisi Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Ia sekali gus menamatkan kemarau 26 tahun Pahang untuk meraih pingat emas hoki lelaki Sukma sejak kali terakhir edisi itu dianjurkan di negeri sendiri pada 1996.

Kejayaan itu hadir selepas Pahang melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ia sememangnya saat-saat yang dinantikan oleh skuad Tok Gajah selepas dikecewakan pingat emas oleh Sabah menerusi penentuan penalti shoot-out sewaktu final edisi 2018 di Ipoh, Perak.

“Terima kasih kepada semua pemain kerana bekerja keras dan tidak pernah berputus asa mencari gol sepanjang 60 minit perlawanan ini.

“Saya sangat berbangga kerana akhirnya kami dapat merampas semula pingat emas yang terlepas empat tahun lalu di Perak,” kata ketua jurulatih Pahang, Mohd. Sufian Mohamad selepas tamat aksi itu.

Muhammad Idris Samad muncul wira Pahang apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi pukulan sudut penalti pada suku keempat permainan.

Menariknya, kontinjen Pahang juga berjaya meraih pingat emas berganda untuk acara hoki pada edisi ke-20 ini selepas terdahulu turut menjuarai final hoki wanita selepas menewaskan juara bertahan, Selangor 2-1.

Ia juga merupakan detik bersejarah buat arena hoki wanita Pahang selepas kali terakhir menggenggam pingat emas di pentas Sukma pada 14 tahun lalu sewaktu edisi 2008 di Terengganu.

Sementara itu, Perak meraih pingat gangsa hoki lelaki selepas menewaskan Terengganu 7-4, manakala gangsa hoki wanita menjadi milik Wilayah Persekutuan hasil kemenangan 4-1 ke atas Pulau Pinang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker