Mangsa kebakaran Kampung Cina Kuala Terengganu dapat perhatian Ismail

Mangsa kebakaran Kampung Cina Kuala Terengganu dapat perhatian Ismail

SEBANYAK 12 keluarga yang terlibat dalam kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina, di Kuala Terengganu, pada malam Ahad, menerima bantuan awal RM1,000 setiap keluarga daripada Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Bantuan wang tunai tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus kepada setiap ketua isi rumah terbabit bagi meringankan beban mereka selepas ditimpa bencana itu.



Mohammad Anuar berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bentuk bantuan lain yang akan menyusul kepada mangsa selepas ini.

“Saya dah meninjau lokasi kejadian dan bagi pihak Perdana Menteri saya bersimpati atas apa yang menimpa.

“Saya difahamkan ada juga bantuan awal telah disalurkan oleh pihak kerajaan negeri dan hari ni saya datang mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan daripada Perdana Menteri,” katanya selepas meninjau lokasi kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Mohammad Anuar berkata beliau juga akan berbincang dengan perdana menteri bagi membantu kesemua mangsa melalui agensi atau pihak berkenaan memandangkan bangunan rumah kedai tersebut dibina di atas tanah berstatus Lesen Pendudukan Sementara (TOL).



Kejadian berlaku pada jam 8.15 malam Ahad itu, mengakibatkan 12 rumah kedai di Jalan Bandar, Kampung Cina yang antaranya melibatkan kedai kain, kedai makan, kedai emas dan rumah penginapan, musnah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid sebelum ini, dilapor berkata pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kebakaran tersebut. Utv

Mangsa kebakaran Kampung Cina Kuala Terengganu dapat perhatian Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker