PRN Johor : BN Lebih Realistik Dari MUDA – Johari Yazid

Oleh Nurul Aishah

Saudara Johari Yazid, Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) dikatakan amat yakin dengan usaha dan penampilan lebih 70 peratus calon muka baharu kali ini memberi satu naratif kejayaan besar buat BN.

Beliau berkata, BN tampil dengan Ikhtiar BN Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bertemakan Kestabilan Masa Depan, yang menggariskan lima teras utama amat realistik dengan keadaan semasa apatahlagi segala garis panduan dinyatakan bersama tidak seperti parti lawan.



Antara lima ikhtiar termasuk Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan Reformasi Politik.

Ikhtiar BN Johor terdiri daripada lima ikhtiar untuk mencapai dan menyokong matlamat utama BN Johor iaitu untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang makmur didukung oleh naratif politik baharu yang matang lagi stabil.

Tambahanya lagi, Parti Ikatan Demokratik (MUDA) yang tampil dengan sebuah manifiesto yang bercerita tentang iktikad adalah satu bualan kosong tanpa asas. Dalam siri kempen kali ini yang juga, kali pertama buat MUDA nampaknya permainan politik murahan dipermainkan seperti rakan sekutu mereka DAP.

Kepercayaan seharusnya diberi kepada BN yang sudah pastinya diakui mampu memberi yang terbaik buat rakyat Johor.



PRN Johor yang akan memperlihat penambahan pengundi mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18. Daripada jumlah penambahan itu, 30 peratus dari jumlah penambahan dikatakan dari usia 18 tahun hingga 21 tahun yang pasti akan memberi satu implikasi besar buat masa depan mereka.

Maka, segala retorik janji parti lawan seperti MUDA perlu ditolak anak muda kerana tidak mempunyai asas. Tambahan, tidak wujud sebarang perancangan yang jelas dan nyata di atas kertas. Kepercayaan harus diberi kepada BN yang sudah pasti menampilkan calon-calon berpengalaman serta berkarisma dalam memimpin negeri Johor untuk masa depan semua. BN juga, telah mengariskan perancangan yang jelas di dalam naskah 5 Ikhtiar BN Johor sudah pasti dapat direalisasikan selepas segala proses penyelidikan dilakukan.

Beliau juga, mengajak seluruh pengundi serta pengundi awal negeri Johor bersatu hati mengundi calon-calon BN demi kestabilan masa depan yang telah dirancang dengan baik.

Sebelum itu, beliau turut serta bersama dalam siri kempen PRN Johor di seluruh negeri.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker