Penghuni madrasah didera ala militan?
Penghuni madrasah didera ala militan?
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didera sepanjang empat bulan berada di pusat itu.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada lelaki terbabit pada bulan lepas.
“Saya mengesahkan polis menerima satu laporan berhubung perkara ini, siasatan masih dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan madrasah Darussolihin yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan penderaan ala militan kepada penghuninya.
Menurut kenyataan itu, selain menekankan ilmu agama, madrasah ditubuhkan sejak 2007 melaksanakan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta masalah sosial.
Terdahulu, bekas penghuni madrasah tersebut yang ingin dikenali sebagai Haris, 20, ketika ditemui pemberita hari ini mendakwa dia dan beberapa penghuni lain berusia lingkungan 19 hingga 30-an dikurung di dalam bilik gelap, didera secara fizikal dan mental serta mengalami gangguan seksual sepanjang menerima rawatan di madrasah itu. Utv
Penghuni madrasah didera ala militan?
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.