Penghantar makanan maut dalam kemalangan 5 kenderaan

Penghantar makanan maut dalam kemalangan 5 kenderaan

SEORANG penghantar makanan maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Haji Sirat, Kampung Batu Belah, Klang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.55 petang.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan jenis Nissan X Trail, sebuah Proton Wira dan dua buah motosikal masing-masing jenis Honda Wave dan Honda Dash.

“Mangsa seorang penghantar makanan berusia 34 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bomba telah membantu mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis. Utv

Penghantar makanan maut dalam kemalangan 5 kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker