Onn Hafiz nafi tolak undang-undang anti lompat parti DUN Johor

Onn Hafiz nafi tolak undang-undang anti lompat parti DUN Johor

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menolak dakwaan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) menolak pelaksanaan akta anti-lompat parti.

Beliau berkata kerajaan negeri teguh menyokong undang-undang baharu itu dan tidak akan menolak pelaksanaannya.

“Kerajaan negeri tidak pernah menidakkan kepentingan akta anti-lompat parti. Sebaliknya, kerajaan negeri akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul dalam hal ini, bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor.” katanya di Twitter.



Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong akan berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan, sebelum memperkenankan Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

Sebaik sahaja enakmen itu dikuatkuasakan di peringkat negeri, kerajaan negeri akan meminda perlembagaannya supaya selaras dengan peruntukan larangan lompat parti.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang anti-lompat yang bersejarah itu melalui undian blok.

Seramai 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong rang undang-undang itu. 11 Ahli Parlimen tidak hadir ketika pengundian berlangsung.



Pembentangan rang undang-undang anti-lompat adalah salah satu syarat utama memorandum persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan. FMT

Onn Hafiz nafi tolak undang-undang anti lompat parti DUN Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker