Hasutan, fitnah pembangkang belum cukup ‘power’ – Puad

Kerana itu mahu melengahkan PRU15

Hasutan, fitnah pembangkang belum cukup ‘power’ – Puad

Rakyat tidak terpengaruh dengan segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan yang diketuai Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, atas sebab itu, mereka tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

“Pembangkang dakwa kerajaan hari ini kerajaan gagal, tetapi tuntut PRU-15 dilambatkan. Sebenarnya fitnah mereka belum cukup power.



“Rakyat tidak terpengaruh. Sebab itu minta dilambatkan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada masa ini membangkitkan isu kemungkinan berlaku banjir besar sekiranya PRU-15 diadakan hujung tahun ini.

Mereka menuduh BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat apabila mendesak PRU-15 diadakan segera walaupun jentera parti terpaksa meredah banjir untuk berkempen.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PH termasuk Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semakin giat menyerang kepimpinan BN termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Parlimen dibubar pada awal Oktober supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum musim tengkujuh yang dijangka bermula hujung November. MG

Hasutan, fitnah pembangkang belum cukup ‘power’ – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker