Undang-undang dana politik perlu disegerakan – Shabery

Elakkan pendakwaan terpilih

Undang-undang dana politik perlu disegerakan – Shabery

Sudah sampai masanya kerajaan menyegerakan undang-undang pendanaan politik, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ini kerana, semua semua parti politik termasuk pembangkang ada dana dan penyumbang masing-masing.

Penyumbang itu, katanya, ada yang jelas tetapi banyak yang kelabu.



Menurut beliau, tanpa undang-undang tersebut, lebih banyak pendakwaan terpilih akan berlaku pada masa akan datant.

“Dakwa orang yang dibenci, bersihkan orang disukai,” ujarnya. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan sedang melihat untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) apabila Dewan Rakyat bersidang pada Oktober ini, dengan sasaran ia diluluskan dalam masa tiga minggu.

RUU itu sedang dirangka oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Menurut beliau, RUU itu masih di peringkat awal dengan beberapa cadangan sedang dipertimbang, termasuk agar dana persekutuan diberikan kepada parti politik.

Cadangan lain termasuk melarang syarikat berkaitan kerajaan daripada mendapatkan kontrak dan permit kerajaan serta mengharamkan kerajaan negara lain untuk membuat sumbangan politik.



Wan Junaidi menjangka undang-undang baru itu boleh berkuat kuasa seawal Disember ini namun pelaksanaannya mungkin mengambil sedikit masa. Katanya, United Kingdom mengambil masa lima tahun untuk meluluskan undang-undang pendanaan politik dan lima tahun lagi untuk melaksanakannya. MG

Undang-undang dana politik perlu disegerakan – Shabery


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker