Banjir Bukan Satu Masalah, Ada 60 hari Setelah Bubar Untuk Adakan PRU

Oleh Tun Teja

BERMACAM-macam reaksi diterima berkenaan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15)yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Musim tengkujuh pun cuba dipolitikkan oleh beberapa pihak yang mahu melewat-lewatkan pilihan raya.

Apabila parlimen dibubarkan, PRU-15 boleh diadakan dalam masa 60 hari. Ini bermakna tarikh PRU-15 boleh dipilih setelah berbincang dengan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang arif berkenaan banjir dan sebagainya.



MetMalaysia meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu. Kebiasaannya banjir hanya berlaku dalam masa dua minggu sahaja.

Oleh itu, banjir boleh dielakkan ketika PRU-15 jika tarikh tersebut tidak kena pertengahan November hingga penghujung November. Proses pengundian dapat dijalankan dalam keadaan yang tenang dan baik. Semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan lancar.

Pada 17 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan, berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Susulan dari kenyataan tersebut, beberapa pemimpin politik PH tampil mendesak agar PRU-15 diadakan pada tahun hadapan. Mereka belum benar-benar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Jika PRU-15 diadakan tahun hadapan PH yakin mereka mampu mengalahkan BN sekali lagi.



Ironinya, beberapa pemimpin BN turut sama mendesak agar PRU-15 dilewatkan ke tahun 2023 juga sedangkan mereka tahu ianya akan membawa kekalahan kepada BN. Adakah mereka ini sebenarnya bersuara agar BN kalah dalam PRU-15.

Para pemimpin BN yang mahu parti tersebut menang pula secara konsisten mencadangkan agar PRU-15 diadakan lebih awal iaitu sebelum negara memasuki musim tengkujuh. Idea tersebut dilihat sangat bernas.

Cadangan agar Dewan Rakyat dibubarkan pada Oktober adalah langkah terbaik sekiranya PRU-15 ingin diadakan pada tahun ini iaitu sebelum ramalan hujan lebat seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelang hujung November nanti.

Dalam masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mampu membuat persiapan yang sewajarnya meskipun mereka hanya mempunyai masa selama empat minggu.



Untuk makluman, rekod PRU-14, Parlimen dibubar pada 7 April 2018 dan SPR buat PRU pada 8 Mei 2018 dalam masa kurang empat minggu. Berdasarkan kepada rekod kerja SPR, PRU yang lepas dan mengambil kira ramalan banjir MetMalaysia yang menjadi nas dan dalil utama masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir tahun ini jika dewan dibubar awal Oktober.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker