Tahniah, Zahid sabar hadapi ujian besar – Khairuddin

Tahniah, Zahid sabar hadapi ujian besar – Khairuddin

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sabar dan tabah menghadapi ujian besar.

Menurut beliau, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan itu adalah prinsip Islam serta prinsip keadilan sejagat yang patut didukung oleh semua khususnya ahli politik Islam.

“Doa orang yang dizalimi pada maruahnya pasti mustajab. Maruah yang tercemar boleh dituntut di Hari Akhirat,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.



Hari ini, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dilepaskan dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid dalam kes berprofil tinggi ini. MG

Tahniah, Zahid sabar hadapi ujian besar – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker