China berjaya klon serigala artik pertama dunia

China berjaya klon serigala artik pertama dunia

Sebuah firma gen berpangkalan di Beijing baru-baru ini mengumumkan kejayaan sulung mengklonkan serigala artik liar pertama di dunia.

Global Times melaporkan, haiwan itu dilahirkan di sebuah makmal di Beijing pada 10 Jun lalu.

Menurut pakar, kejayaan itu mempelopori pembiakan haiwan yang semakin pupus dan terancam melalui teknologi pengklonan.

“Untuk menyelamatkan haiwan terancam, kami memulakan kerjasama penyelidikan dengan Harbin Polarland mengenai pengklonan serigala artik pada 2020.

“Selepas dua tahun melakukan usaha gigih, serigala artik berjaya diklonkan. Ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia,” kata Mi Jidong, pengurus besar Sinogene Biotechnology Co yang berpangkalan di Beijing.

Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu adalah peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.

Serigala itu diberi nama Maya dan kesihatannya berada dalam keadaan yang sangat baik.

Sel pendermanya berasal dari sampel kulit serigala artik betina liar yang telah diperkenalkan dari Kanada.

China berjaya klon serigala artik pertama dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker