Jamal pulih kanser tahap 4 sepenuhnya

Jamal pulih kanser tahap 4 sepenuhnya

Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor Jamal Md Yunos memaklumkan beliau pulih sepenuhnya daripada kanser paru-paru tahap empat yang dihadapinya.

Beliau mengesahkan perkara itu berdasarkan pemeriksaan susulan yang dijalankan pihak hospital.



“Pegawai perubatan yang merawat saya telah mengesahkan kesihatan tubuh badan saya kembali normal seperti sediakala dan sihat untuk bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Umno Sungai Besar itu turut memaklumkan sudah dibenarkan keluar hospital hari ini.

Jamal berkata, tahap kesihatannya mula merudum Sabtu lalu disebabkan beban tugas yang terlampau apabila terpaksa menghadiri hampir 20 program dalam masa dua hari.

“Keadaan bertambah buruk lagi apabila saya didapati terkena keracunan makanan dalam salah satu majlis tersebut sehingga menyebabkan saya pitam dan akhirnya rebah,” katanya.



Sabtu lalu, Jamal dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan jatuh secara mengejut ketika menghadiri program parti itu di Sungai Besar dan mendapat rawatan rapi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. FMT

Jamal pulih kanser tahap 4 sepenuhnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir



Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker