Ceroboh asrama perempuan, cuba tanggal seluar pelajar sedang tidur

Tiga pelajar lelaki ditahan

Ceroboh asrama perempuan, cuba tanggal seluar pelajar sedang tidur

ALOR SETAR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, memberi alasan mahu mengambil barang ketika mereka ditahan warden selepas didapati berada di bilik asrama perempuan, awal pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan yang curiga selepas mengetahui alasan diberikan mereka tidak logik selain geram kerana menjadi mangsa ketika tidur membuat satu laporan polis, semalam.



Sumber berkata, pelajar perempuan tingkatan satu berkenaan mendakwa pada hari kejadian dia sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa ada seseorang menarik seluarnya.

“Remaja perempuan itu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga dari tidur.

“Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan memberitahu yang dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian terus bersembunyi bawah katil di sebelahnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lagi lelaki berada bawah katil sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.



“Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu.

“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan warden itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki tingkatan dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.



“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit. BH

Ceroboh asrama perempuan, cuba tanggal seluar pelajar sedang tidur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?



Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker