Dua Warga Thailand Parah, Seorang Cedera Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS

Dua Warga Thailand Parah, Seorang Cedera Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS

BAGAN SERAI: Dua warga Thailand parah manakala seorang lagi lelaki tempatan cedera dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 178.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tiga mangsa tersebut menaiki kenderaan jenis Honda Civic.



Katanya lagi, dua kenderaan lain yang terbabit ialah Perodua Myvi dan lori jenis Isuzu.

“Dua mangsa warga Thailand iaitu pemandu, Saifud-Deen Esor, 34, parah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri, mangsa wanita iaitu penumpang belakang, Hadibah Dooneedae, juga parah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri.

“Manakala penumpang hadapan kereta itu, Mohamad Amin Awang, 28, yang beralamat di Tumpat, Kelantan pula cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mazuki berkata, bagaimanapun pemandu Perodua Myvi, dan lori beserta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.



Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu datang dari arah Taiping menghala Pulau Pinang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Myvi yang berada di depan telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri.

“Kemudiannya lori yang datang dari arah belakang sempat menghentikan kenderaan daripada berlanggar.

“Namun tiba-tiba datang Honda Civic dari arah belakang yang tidak sempat mengelak dan hilang kawalan lalu berlanggar bahagian belakang lori itu.



“Akibat daripada perlanggaran tersebut, dua orang mangsa dari Honda Civic cedera parah dan seorang cedera ringan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar dengan menaiki ambulans untuk rawatan susulan.

“Punca kemalangan disebabkan kereta jenis Honda Civic itu gagal kawal kenderaan dan melanggar lori di bahagian belakang,” katanya.

Menurutnya lagi, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. AA



Dua Warga Thailand Parah, Seorang Cedera Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker