Jadikan Krisis Perlembagaan 1988 Pengajaran, ‘MahkaMahathir’ – Shahrir Samad

Dan Saya Rekakan Satu Perkataan: MAHKAMAHATHIR

Jadikan Krisis Perlembagaan 1988 Pengajaran, ‘MahkaMahathir’ – Shahrir Samad

SAYA bersetuju sangat dengan saranan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara yang merujuk kepada pemecatan Allahyarham Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara oleh sebuah Tribunal pada tahun 1988.

Ia patut menjadi satu pengajaran.



Perkara ini telah juga saya bangkitkan petang semalam (16hb September) dalam ucapan aluan saya di Bicara Neraca anjuran Barisan Nasional (BN) Johor Bahru.

Pemecatan Allahyarham Tun Salleh sememangnya suatu detik hitam dalam sejarah negara walaupun ia dilakukan secara berperlembagaan.

Ianya detik hitam sejarah negara dan bukan sahaja sejarah institusi kehakiman negara kerana beberapa hakim-hakim kanan telah turut menjadi mangsa dan kesudahannya ialah dengan peristiwa VK Lingam.



Saya menekankan dalam ucapan saya petang semalam bahawa pemecatan Allahyarham Tun Salleh adalah antara isu penting kempen saya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Johor Bahru pada tahun 1988.

Pemecatan ini, pada pandangan saya, ada kaitannya dengan keengganan Tun Dr Mahathir, selaku Presiden UMNO, untuk memulih kembali kedudukan UMNO setelah diisytihar tidak sah oleh mahkamah.

Dari membuat rayuan terhadap keputusan Hakim, Tun Dr Mahathir memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baru, UMNO Baru.



Setelah menubuhkan UMNO Baru, Tun Mahathir pula memilih-milih mereka yang boleh menyertai parti itu dan tidak dilakukan penghijrahan ahli secara ‘automatic’ dari yang lama kepada yang baru.

Kemenangan saya selaku calon bebas dalam PRK Parlimen Johor bersandar kepada kemarahan pengundi Johor Bahru terhadap kemelutan akibat dari:

● Pengharaman UMNO oleh mahkamah, dan
● Pemecatan Allahyarham Tun Salleh.

Dan saya rekakan satu perkataan: MAHKAMAHATHIR.

Pemecatan Allahyarham Tun Salleh Abas telah mematuhi peruntukan Perlembagaan sepenuhnya, sungguhpun ada pertikaian dari segi kelayakan anggota Tribunal.



Tapi pada hati rakyat (terutamanya pengundi Johor Bahru) ianya suatu kezaliman.

Kesimpulan pertama, suara hati rakyat sangat penting dalam menuntut kebenaran dan keadilan.

Keputusan PRK Parlimen Johor Bahru menjadi bukti dan saya masih ingat lagi kehadiran Allahyarham Tun Salleh bersama saya di Pusat Mengira Undi pada malam Hari Mengundi.



Kesimpulan kedua pula, peristiwa VK Lingam menjadi bukti bahawa peristiwa pemecatan Allahyarham Tun Salleh sebenarnya tidak menjadi pengajaran pun kepada mereka yang berjawatan tinggi dalam kehakiman negara.

Maka pengakuan setiap kebebasan tetap perlu juga kepada pengiktirafan suara hati rakyat.

Saya ulangi kata-kata bijaksana:

“Keadilan bukan sahaja harus berlaku tapi secara terang dan tanpa keraguan DILIHAT telah berlaku.”



Dan siapa yang melihat itu?

Rakyat!

#HonestPolitics
#KembalikanMandatRakyat

Tan Sri Shahrir Samad
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru

Jadikan Krisis Perlembagaan 1988 Pengajaran, ‘MahkaMahathir’ – Shahrir Samad

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker