PAS tetap mahu bersama BN bagi memastikan PH tidak tawan Putrajaya

PUTRAJAYA: Pas memberi bayangan akan bersedia bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad ketika mengulas isu itu malah mengulangi kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang menolak Pakatan Harapan (PH).

“Kita (Pas) sedia bekerjasama dengan BN dan kesemua parti Melayu Islam asalkan matlamatnya PH tidak akan berkuasa balik menawan Putrajaya,” katanya selepas menyempurnakan program Konvoi Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia di sini hari ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan Pas masih berdendam dengan PH kerana tidak dipelawa menyertai kerajaan campuran blok berkenaan.

“Tidak, kami (Pas) tidak pernah dendam pun tetapi ini berdasarkan pengalaman perit ditadbir 22 bulan dan kita boleh tanya ramai penjawat awam yang bertugas di sini sendiri,” jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Pas kini adalah parti kafir kerana mahu bekerjasama dengan UMNO, Idris namun enggan memberi komen lanjut.

Sebaliknya beliau meminta pihak media sendiri bertanyakan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu mengenai maksud di sebalik dakwaan kafir tersebut.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker